Selamat Datang Dua Kosong Satu Tiga!
Malas sebenarnya nak menghadap blogger untuk update blog. Tapi memandangkan azam tahun baru adalah untuk update blog setiap hari, dikuatkan juga jari-jemari 'halus' ini menaip.
Nak tulis balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 memang tak tercapai la kan. Tapi sejujurnya setahun yang lepas cukup untuk mengajar aku banyak benda.
Belajar untuk hidup berdikari.
Belajar untuk membuat keputusan sendiri.
Belajar untuk jadi lebih matang.
Dan..
Aku belajar tentang sebuah tanggungjawab, sebuah komitmen, dan nilai persahabatan.
Sungguh aku tak mengharap lebih untuk tahun baru ni. Ada la satu dua azam yang nak dicapai, tapi tak la terlalu berat.
Rasanya kalau setiap tahun buat azam baru tapi tak pernah usaha pun buat apa kan. Seronok sebenarnya tengok azam tahun baru kawan-kawan. Ada yang berazam kumpul duit nak kahwin laa. Al-kisahnya, orang lain berazam, kita pun nak la berazam sama. Sibuk la malam sebelum tahun baru duk buat list new resolutions la kononnya. Sampai je hari pertama tahun baru tu semangat bukan main haa. Tup tup masuk hari kedua azam entah kemana, list pun melayang habis dah. Dah nama pun terkenal dengan attitude 'hangat-hangat tahi ayam'.
Jadinya tahun ni tak mahu berazam banyak-banyak dah. Kali ni nak niat untuk istiqamah.
Istiqamah untuk tak melambatkan solat.
Istiqamah untuk baca al-quran setiap hari.
Istiqamah untuk baca bismillah sebelum buat sesuatu.
Istiqamah untuk terus ikhlas.
Moga tahun baru ni memberi peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Moga masa yang diberikan digunakan sebaiknya untuk terus memperbaiki akhlak diri.
Moga Allah mengampunkan dosa yang lalu.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberkati kehidupan sementara ini.
Selamat Tahun Baru. Happy New Year. xīn nián kuài lè.
