Duit.
Tanpa duit, hidup jadi resah.
Tanpa duit, manusia boleh bertelagah.
Tanpa duit, solat pun kurang khusyuk.
Alhamdulillah, Abah call masa kelas tadi cakap nak bank in some money. Dekat UK dulu elaun bulan bulan walaupun cukup makan tapi bila di convert dalam ringgit malaysia masyuk jugak la. Tapi sejak balik Malaysia duit simpanan dari UK dulu kebanyakannya dah habis guna. Buat pergi Bandung la, buat sara hidup 6 bulan yang lalu, bayar broadband, dan banyak lagi la. Jadinya duit mengalir laju. Makin hari makin kurang.
Sementara tunggu elaun masuk, sekarang terpaksa minta bantuan Abah Ma. Segan sungguh. Kalau ikutkan hati dah malas menyusahkan Abah Ma. Ye la, bukannya orang kaya. Jadi hidup kena berjimat cermat. Abang Joe pulak ada la call cakap kalau tak ada duit boleh mintak dengan dia. Though he said he couldn't give much but the thought that he cared for me really touched my heart. So thank you brother. =)
Duit ni nak dapat susah, tapi nak menghabiskan tu memang senang. Kalau tak pandai berjimat-cermat, asyik boros memang susah.
Duit elaun tak la banyak. Tapi memang dah divide berapa percent from the money buat simpanan dalam ASB. Dengan niat pelaburan masa hadapan, kahwin ke. Ye dok? Lagipun sekarang ni masih meneruskan hobi menabung duit syiling. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Duit syiling 10sen, 20sen, 50sen tu kalau dikumpul banyak banyak mahu beratus jugak.
Apa-apa pun cara hidup kita sendiri boleh mempengaruhi pengaliran keluar masuk duit. Beli benda yang perlu. Jangan terlalu mengikut kehendak. Kalau handbag dah banyak tak payah nak gatal tangan beli. Kalau kasut dah berpasang-pasang tak payah nak borong lagi. Movie tu tak yah la sampai 3 kali seminggu. Ni dah start perli diri sendiri dah ni. Hihi.
Jadinya, selamat berjimat semua!
#1 Actually I just bought a new bag. Urghh, feeling guilty. But I just couldn't help myself. Thought it was a new year present for myself.
#2 Was thinking of setting a weekly budget. Kiranya, seminggu tak boleh exceed that targeted amount. Boleh ke? Doubt myself. Really.
#3 Terima kasih Abah Ma. Love you both. =)
#4 Awak pun jimat jimat jugak naa. =D
p/s: To leave and view comments you have to click on the post title. I have no idea how to fix and get the post comment tab to show up on the main page under each post.
p/s: To leave and view comments you have to click on the post title. I have no idea how to fix and get the post comment tab to show up on the main page under each post.
